Tuesday, May 10, 2011

lelaki bimbing wanita

Assalamualaikum , hi everyone :)

okay disebabkan tak nak start bekerja hari nih
jadik still ada masa utk mengupdate blog. YEAH !

okay tajuk entry nih takde kena mengena dengan yang hidup 
atau pun meninggal dunia. 
just nak sharing is caring.

for me ; LELAKI SEPATUTNYA MEMBIMBING WANITA

let share one story

SAYA wanita berumur 23 tahun dan menuntut di kolej perubatan. Saya jenis yang tenang dan mudah bergaul dengan orang sekeliling. Masalah saya ialah, saya dalam dilema dan rasa bersalah untuk menegakkan hukum Allah.

Saya kenal A hampir tiga tahun lamanya. Namun sepanjang hubungan, kami asyik bergaduh. A berusia 21 tahun dan menuntut di kolej lain.

Saya ada pengetahuan agama tapi tiada kekuatan untuk mengamalkannya. Selepas mengenali A dan beberapa kali bergaduh dengannya, saya terfikir adakah Allah tidak membenarkan kami untuk bersama.Kalau masih bersama A, saya seolah-olah membuka pintu maksiat. Mudah sangat untuk saya melakukan perkara haram. Saya bertekad untuk putuskan hubungan dengan A dan hidup solo kerana saya lebih sayangkan iman daripada A.Saya beritahu A hal ini, tapi memang payah untuk dia terima.

Pada masa sama A terlalu sayangkan saya dan tidak mahu melepaskan saya begitu saja.Saya dan A belum terlanjur, namun bibit-bibit ke arah itu sentiasa terbuka luas kalau saya mahu. Setakat ini hanya iman menghalang saya daripada berbuat demikian. Saya juga tidak mahu rosakkan A.

Perbuatan ‘ringan-ringan’ sudah berapa kali kami lakukan. Keadaan itu berterusan hinggalah saya kemalangan dan syukur Allah panjangkan umur saya.Saya bertaubat, namun disebabkan A tidak mahu melepaskan saya, saya serba salah antara menjaga iman dan menjaga dia.Baru-baru ini saya dapat kekuatan untuk tekad melepaskan A dan teruskan hidup solo.Keadaan itu membuatkan saya lebih tenang dan tenteram. Namun jauh di sudut hati, saya masih rasa bersalah pada A.

okay cerita nih dapat daripada kawan saya

pada saya jika pasangan kita tu sibuk ajak kita melakukan maksiat
itu bukan CINTA tapi NAFSU semata-mata

ayat yang selalu digunakan ; 
I BUAT DENGAN YOU MACAM NIH SEBAB TAK NAK OWG LAEN DENGAN YOU

kawan-kawan ; 
kalau dea sayang kita lagi segan dea untuk menyentuh kita 
tetapi berusaha utk mendapatkan kita dengan cara yang sah

lumrah lelaki memang sepatutnya membimbing wanita

FIRMANNYA ; 
" ketika aku menciptakan wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa
aku membuat bahunya cukup untuk kuat untuk menampung dunia
namun harus cukup lembut untuk memberi kenyamaan "

saya hanya ingin berkongsi :)
sama-sama lah kita menginsafi diri



perempuan suke menggoda lelaki ?
to be continued :)

♥ THANKS FOR READING ♥